nuffnang ads

Tuesday, December 21, 2010

Nyawa Darwis Itu Dalam Api !!



Suatu hari as-Syibli sedang mengucap 'Allah' di hadapan orang yang mendengar syarahan beliau. Seorang darwis berdiri dan terus berkata: "Ucaplah kalimah syahadah."

As-Syibli berkata: "Bagaimana sekiranya saya mati sebelum menyebut Allah dan hanya sempat menyebut La illa ha (taida tuhan)?".

Perkataan as-Syibli itu sungguh mempengaruhi dan mempesonakan darwis itu. Rasa takut kepada Allah menyelubungi hatinya dan dia terus jatuh lalu meninggal dunia disitu juga.

Saudara-mara darwis  mengadu kepada khalifah mengatakan as-Syibli telah membunuh darwis itu. As-Syibli pun dipanggil menghadap khalifah. Beliau disuruh menjawab tuduhan keatasnya.

As-Syibli berkata: "Nyawa darwis itu dalam api dan dia dipanggang dalam kerinduan hendak bertemu Allah. Dia telah menceraikan diri dengan alam dan tidak berhajat kepada dunia lagi.

"Dia tiada tempat perlindungan dan pergantungan dalam alam ini. Dia bergantung pada Allah semata-mata. Oleh kerana kuatnya keinginan hendak bersama Allah, menyebabkan dirinya lemah dan tidak bedaya. Darwis itu tidak tahan mendengar perkataan saya dan sepintas pandangan dia telah melihat Allah. Sinaran Allah itu tidak tertahan olehnya. Badannya tidak tertanggung lagi lalu dia meninggal dunia dan kembali ke rahmatullah."

Khalifah memerintahkan supaya as-Syibli pergi kerana perkataannya sangat berpengaruh dan mempesonakan. Khalifah khuatir jika as-Syibli terus juga bercakap, mungkin baginda sendiri akan jatuh pengsan.


  • As-Syibli di lahirkan di Baghdad, Iraq dan meninggal dunia dalam usia 87 tahun pada 846 Masihi. Beliau antara aulia dan ahli tasawuf terkenal serta bersahabat baik dengan al-Junaid yang mempunyai karamah luar biasa.

Suber dari: majalah Mastika, januari 2011, m/s 33.

1 comments:

Anonymous said...

Gambar menunjuk darwis yg tarikatnya bermula pada awal kurun ke 13. As Syibli meninggal kurun ke 9, bila pulak boleh jumpa??

Post a Comment

login wang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...