nuffnang ads

Monday, December 19, 2011

Membangkang Perintah Ayah Demi Syurga




Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan.
Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, “Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak.”
“Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai ayahku.”

Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku.”

Saad menjawab, “Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah.”

Maka Khaitsamah berkata, “Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat.”

Saad menjawab, ” Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu.”

Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan mati syahid.

Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya. Tetapi Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis,
'' Wahai Rasulullah, aku ingin sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku itu berkata kepadaku, “Engkau harus menemani kami di syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku.”
Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.


Sumber: 
akuislam.com

Friday, September 9, 2011

Download Angry Birds Rio Untuk PC


Dh lama aku x buka blog aku, dh bersawang pon !!! kali ni aku nak share satu game yang aku rasa korang mmg dh kenal pon, x pyh lah aku nk bgtau lg kn !!!

tak tau lah aku terlambat share ke ape, tp x ape lah aku share jugak lah, bkn apa aku pon baru ja donlod game ni dr blog ni 

Mula - mula :
Download file kat sini 

Lepas tu :

Extract dan install Angry Bird RIO. Untuk install, double klik file “ Angry Birds Rio Installer v1.1.0”



Install macam biasa sampai habis. Then proceed to step 3.
Kemudian :
Extract file “Crack” . Selepas itu, copy paste file “AngryBirdsRio,exe” ke dalam destination folder Angry Bird RIO. (tempat korang install Angry Bird RIO tadi) . Selalu nya ia akan diinstall di sini : C: Progam Files (x86)/Rovio/AngryBirdsRIO
Seterusnya :
Launch Angry Bird RIO korang dan klik “Register”. Bila dia mintak registration key, masukkan saje apa2 number yang korang nak. Nak letak 1 je pun boleh.
Ok, dah lpas settle smua bnda kat ats ni boleh la main game ikut suka hati korang..

Friday, June 10, 2011

Karpet Termahal di Dunia

Ini ialah karpet termahal di dunia. Lebih kurang 5 ribu mutiara yang diambil dari peraiaran Teluk Parsi dan manik digunakan untuk buat karpet ini. Ia diberi nama Pearl Carpet of Baroda. Karpet yang sudah berusia 150 tahun itu juga dihiasi ratusan batu-batuan mahal seperti intan, safir, rubi, dan emerald. Harganya masa di bida di New York adalah sekitar USD5.5 juta!

Pada asalnya, karpet dari India ini yang dibuat dalam tahun 1860an akan dihadiahkan untuk makam Nabi Muhammad S.A.W namun tidak kesampaian kerana Maharaja Baroda mangkat sebelum ianya dihantar. Karpet tersebut sempat dipamerkan dalam Delhi Exhibition pada tahun 1902. Kemudian disimpan di Monaco. Pada tahun 1985, karpet itu juga dipamerkan di New York










Tuesday, May 24, 2011

Monday, May 16, 2011

Etika Pinjam Duit

Korang nak pinjam duit darimemberkorang...dah la tak dapat, kena marah pulak lagi. Itu mungkin sebab korang tak tau etika nak pinjam duit dari member korang. Cuba korang ikut cara ni.

@ Jangan sesekali korang telefon member korang pagi-pagi buta yakni masa dia baru nak bangun dari tidur sebab bukan duit yang korang dapat tapi maki hamun dan kata-kata keji yang tak masuk akal.


@ Jika nak pinjam RM10, pastikan 10 kali pujian korang berikan. Kalau RM50, maka 50 kali pujian dan kalau beratus ringgit, pandai-pandai la korang nak kira.


@ Pastikan mood kawan korang tu baik. Janganlah masa diorang baru lepas gaduh dengan bini, kena buang kerja, atau kereta baru kena tarik masa tu la korang nak pinjam duit. Takut-takut nanti ke hospital pulak korang lepas tu.


@ Taburkan janji-janji manis semasa meminjam. Contonhnya, korang kata pulangkan dengan nilai duit Uganda, tapi pastikan member korang tu tak tahu nilai pasaran duit terkini.


@ Setiap kali berjumpa dengan member korang, pastikan berpakaian yang sehabis buruk sehinggakan kain buruk lebih lawa dari pakaian korang. Nak lebih real ajak sekali anak bini korang.


@ Sebelum pinjam duit, selidik dulu latar belakang kawan korang tu. Kalau dia pun lagi susah daripada korang jangan cuba-cuba nak meminjam. Zalim namanya..



Monday, May 9, 2011

Kisah Jeruk Mangga


Al-kisah tentang pelajar tahun enam di sebuah sekolah rendah yang menyambut hari guru. Masing-masing berebut rebut nak memberi hadiah kepada cikgu kesayangan mereka, cikgu lina.


Apabila loceng tamat kelas dibunyikan, beraturlah murid tahum Enam Gigih untuk memberi hadiah kepada guru kesayangan mereka itu. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah semuanya ada.

Tibalah giliran Leha, ketua kelas, dengan kotak yang bersaiz besar dan cantik, lain dari yang lain menghulurkan hadiah tersebut kepada Cikgu Lina.

Tapi sebelum itu, sambil tersenyum simpul si Leha meminta cikgunya meneka isi kandungan kotak itu.

Maka jenuhlah Cikgu Lina meneka. Bermula dengan kek sampailah kepada lampu tidur, semuanya disambut dengan gelengan kepala si Leha tanda salah.

Dengan tidak semena - mena, ada cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak itu. Dengan lajunya, Cikgu Lina mencalit titisan cecair itu dengan jarinya lalu memasukkan kedalam mulutnya dan merasa.. "Hmmmm.....masam. ...ha.... cikgu tau dah...kamu hadiahkan cikgu jeruk mangga kan?. Mana kamu tahu favourite cikgu ni? Pandainya...

"Errrr....sebenarnya kan cikgu...saya hadiahkan cikgu ANAK KUCING," terang Leha sambil bersedia nak blah......

Sunday, May 8, 2011

Dalam Mihrab Cinta (2010) DVDRip -RMVB



DALAM MIHRAB CINTA is the new Indonesia movie who tells about Syamsul (Dude Harlino) youth committed 20 years of studying in a boarding school in Kediri, leaving a fairly comfortable life. Here he met with Zizi (Meyda Sefira) daughter of the owner of boarding schools for help when he had been robbed on the train, the incident made them so close.At this boarding Syamsul expelled for allegedly stealing from his own best friend slander Burhan (Boy Hamza). 


Type : RMVB
Size : 300MB

Download Link:

MediaFire
Part 1 / Part 2

Perisa Ais Krim Pelik Yang Terdapat Di Seluruh Dunia


Ais krim amat popular di negara kita terutamanya kanak-kanak. Bercakap pasal ais krim perisa yang paling popular di Malaysia tentulah strawberry, coklat dan juga vanilla.Tetapi selain perisa ini ada jugak perisa-perisa lain yang dianggap pelik di Malaysia, antaranya:



Ammonia Nastiness




Makanan tempatan masyarakat eropah utara  ini diperbuat dari Salty Licorice , Makanan ini agak tidak dikenali di luar Eropah utara. Ais krim mempunyai kandungan Ammonia yang banyak.

Blue Cheese




Benda yang berbau busuk ini sebenarnya ais krim yang agak popular di eropah, ianya di hasilkan daripada Blue Stilton @ keju masam yang sering ditemui dalam masakan orang eropah.


Foie Gras




Ais krim ini adalah hidangan mewah yang dicipta oleh pakar ais krim Perancis Phillippe FaurFoie Gras ini adalah hati itik yang berlemak ,harga satu hidangan ini adalah antara $ 150.


Garlic Ice Cream

Gilroy, California lebih dikenali sebagai ibu kota bawang putih menurut lagenda bahawa anda boleh mencium bau bandar sebelum anda sampai di sana. Ais krim Bawang putih merupakan tarikan popular di Festival Bawang Putih Gilroy  .


Aiskrim ini berperisa daging kuda, walaupun kebanyakan orang mengangap memakan daging kuda adalah tabu tetapi tidak bagi masyarakat jepun, selain daripada memakan makanan laut mentah yang dikenali sebagai sushi atau sashamis orang jepun jugak memakan daging mentah yang dikenali sebagai basashi atau daging kuda mentah, daging ini dipotong kecil dan di campur di dalam aiskrim ini.

Pit Viper




Inovasi rakyat Jepun tidak mengenal batasan dalam menghasilkan sesuatu produk. perisa aiskrim diatas adalah hempedu ular, mereka juga mempercayai ianya dapat memberi kekuatan afrodisiak.


Squid Ink


Satu lagi ciptaan pelik rakyat jepun ada lah ais krim yang diberi nama squid ink @ dakwat sotong, perisa untuk ais krim ini adalah hasil campuran ikan, sotong dan ketam.


Friday, May 6, 2011

Design Kad Nama Yang Kreatif

Kad nama amat penting bagi sesetengah orang kerana ia dapat memperkenalkan identiti diri mereka kepada orang lain. Tapi masalahnya disini adalah, kad nama yang membosankan dan terlalu formal selalu dibuang begitu sahaja. Dalam posting kali ini, saya telah menemui beberapa kad nama yang kreatif lagi cantik yang akan membuatkan anda juga ingin mendapatkannya satu.


































login wang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...