nuffnang ads

Thursday, December 2, 2010

Apa Yang Patut Dilakukan Jika Anda Seorang Juru Tol !!!




Apakah anda bercita-cita menjadi juru tol ? 
Anda rasa pekerjaan sebagai juru tol mudah dan relax ? Ambil duit, hulur resit...Oh tidak, tidak semudah yang anda sangka. Bekerja sebagai juru tol ni penuh dengan pantang larangnya.Kat sini ada disenaraikan apa yang tidak patut anda lakukan jika anda seorang juru tol...


  1. Walaupun pengguna lebuh raya memberi anda duit, ini tidak bermakna duit itu anda yang punya. Jangan sesekali anda gunakan duit itu membelanja rakan sekerja anda makan tgh hari.
  2. Anda dilarang sama sekali  menyidai pakaian yang baru dibasuh di palang pondok tol anda.
  3. Pondok tol tempat anda bertugas adalah hak milik syarikat. Anda tidak dibenarkan menghias pondok tol tersebut sesuka hati anda.
  4. Anda juga dilarang berbual-bual mesra sambil bertukar-tukar pendapat dengan pembayar tol walaupun anda mengenali si pembayar tol tersebut.
  5. Setiap plaza tol mempunyai beberapa lorong. Jangan pula anda menyediakan lorong anda sendiri yang dikenali sebagai lorong tikus.
  6. Anda juga tidak boleh menjalankan perniagaan sampingan di pondok tol tempat anda bertugas. Contohnya menjual kerepek kepada pengguna lebuh raya.
  7. Bayaran tol setiap jenis kenderaan telah ditetapkan maka anda tidak berhak menaikkan atau menurunkan harga bayaran tol mengikut budi bicara anda.
  8. Setiap kenderaan yang melalui plaza tol wajib membayar tol kecuali basikal, motosikal, kereta api, kapal terbang, Sampan dan yang sewaktu dengannya. Tidak bolehlah anda membiarkan sesebuah kenderaan melalui lorong anda tanpa sebarang bayaran walaupun kenderaan tersebut dipandu oleh kaum kerabat anda.
  9. Anda juga tidak seharusnya melarang seseorang daripada menggunakan lorong anda walaupun dia adalah musuh ketat anda sedari kecil lagi.
  10. Selain itu anda juga dilarang menjadikan pondok tol tersebut sebagai tempat tidur anda walaupun masa bekerja anda sudah tamat.

0 comments:

Post a Comment

login wang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...