nuffnang ads

Sunday, October 31, 2010

Semangat pemain julang Red Warriors


PARA pemain Kelantan meraikan kejayaan menjulang trofi Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.



KESUNGGUHAN para pemain untuk muncul juara dianggap jurulatih Kelantan, B. Sathianathan sebagai kunci utama kejayaan skuad Red Warriors itu menundukkan Negeri Sembilan 2-1 malam tadi.
Kata-kata Sathianathan di bilik persalinan ketika waktu rehat separuh masa pertama nyata membuatkan para pemain tidak patah semangat biarpun mereka ketinggalan 0-1 menerusi sepakan penalti Shahurain Abu Samah pada minit ke-13.
“Saya bangga dengan pemain kerana nak menang buat kali pertama bukan sesuatu yang mudah. Tapi semua pemain mahukan kemenangan pada perlawanan ini.
“Memang kami ketinggalan 0-1 tetapi gol Negeri Sembilan itu diperoleh terlalu awal dan masih ada masa untuk kami cari gol. Itu sebab kami tak berasa risau,” kata Sathianathan pada sidang media selepas perlawanan.
Biarpun berjaya membawa Kelantan muncul juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super musim ini, Sathianathan menyerahkan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sama ada mahu terus menggunakan khidmatnya bagi musim depan atau tidak.
Ini memandangkan dia masih berisiko untuk digantung enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) andai rayuannya ditolak.
“Saya akan rehat dahulu dan bercuti. Terpulang kepada Tan Sri Annuar Musa (Presiden Kafa) untuk buat keputusan. Apa pun boleh jadi. Saya tak pasti lagi. Kena tunggulah dahulu keputusan FAM,” jelas Sathianathan.
Pada perlawanan akhir edisi ke-84 malam tadi, Kelantan bangkit dengan menghasilkan dua gol pada babak kedua menerusi tandukan Hairuddin Omar pada minit ke-56 dan rembatan Badhri Radzi pada minit ke-64 untuk memastikan kemenangan mutlak 2-1.
Sementara itu, jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Hassan pula menyifatkan ketiadaan kapten, Aidil Zafuan Radzak yang mengalami kecederaan pada awal babak kedua sebagai punca pertahanan mereka tiba-tiba rapuh.
Sumber: http://www.kosmo.com.my

Saturday, October 30, 2010

Halloween

Sejarah Perayaan Halloween
Meskipun Haloween mungkin tidak populer di negara kita, namun hampir semua orang tahu bahwa Halloween adalah hari di mana semua orang (di Amerika tentunya) berpakain seperti hantu dan menghias rumah dengan berbagai macam hal yang menyeramkan.
Salah satu benda yang selalu ditemui pada hari ini adalah dengan adanya Jack O’Lantern,  hiasan yang dibuat dari labu yang diisi dengan lilin atau lampu yang menyala. Labu tadi biasanya diukir dengan bentuk yang menyeramkan.
Selain Jack O’Lantern tadi, berbagai hiasan seram lain seperti kelawar, tengkorak atau tulang belulang, sarang labah-labah juga turut dapat kita temui pada malam tersebut.
Banyak teori yang berkembang mengenai Halloween ini, tapi teori yang paling banyak diterima adalah bahwa perayaan Halloween ini berasal dari perayaan bangsa Galia kuno yang disebut Samhain, yang secara kasar berarti “Akhir Musim Panas”.
Perayaan ini dipercaya sebagai berakhirnya “masa terang” (musim bunga dan musim panas) dan dimulainya “masa gelap” (musim luruh dan musim dingin).
Bangsa Galia kuno percaya bahwa pada tanggal 31 Oktober, atau di hari Samhain tadi, jurang antara dunia nyata dan dunia gaib amat hampir sekali, sehinggakan makluk dunia gaib dapat menyeberang masuk ke alam kita.
Pada perayaan Samhain, biasanya para penduduk Galia kuno akan mengadakan perayaan besar bagi nenek moyang mereka yang sudah lama meninggal dan “mengundang” mereka untuk duduk makan bersama, sedangkan arwah atau makhluk gaib yang jahat akan diusir dari kediaman mereka.
Untuk  menjauhkan arwah atau makhluk gaib jahat dari  menyebarkan pengaruh negatif di kalangan mereka, maka para penduduk akan memakai topeng dengan wajah buruk atau berhias seperti makhluk gaib jahat tadi, sehingga makhluk gaib jahat tadi menganggap bahwa mereka tidak seharusnya diganggu dan membiarkan perayaan itu  berlangsung dengan meriah.
Dari tradisi dan kepercayaan inilah tradisi mengenakan kostum pada malam halloween  berkembang sampai sekarang, walaupun begitu halloween pada zaman sekarang tidak lagi terikat pada kostum yang seram sahaja, tapi berbagai kostum unik mulai dari binatang sehinggalah sampai kepada watak superhero atau bahkan watak kartun.
Kalau Begitu, Bagaimana Namanya Boleh Berubah Menjadi Halloween?
Ternyata nama Halloween ini berasal dari usaha Gereja pada masa itu untuk menghentikan penduduk dari merayakan hari perayaan Samhain yang dianggap bertentangan dengan perayaan Nasrani.
Gereja mengadaptasi perayaan Samhain menjadi Hari Para Orang Suci (All Hallows Evening), dengan harapan para penduduk Galia di masa itu akan meninggalkan perayaan yang dianggap tidak gerejawi.
Dari nama All Hallows Evening, penduduk menyingkatnya menjadi Hallow’s Even, dan makin lama nama yang ada makin pendek sehingga menjadi Halloween.
Uniknya, walaupun nama dan perayaannya menjadi perayaan gerejawi, Gereja tetap tidak dapat mengubah bentuk dan tradisi yang ada di dalam perayaan ini.

(gambar :Jack O’Lantern)
Apa Itu Jack O’Lantern ?   

Jack O’Lantern ini merupakan legenda dari Ireland . Legenda ini berkisar tentang seorang petani yang pemalas dan suka menipu, yang berjaya menipu syaitan.
Ia berjaya membuat syaitan naik ke atas pokok dan kemudian mengukir bentuk Salib di dahan pokok  tadi, sehingga syaitan tidak lagi boleh turun dengan dari pokok itu.
Pada saat kematiannya, Jack tidak diterima di Surga, karena sikapnya yang suka berbohong dan berbagai lagi perangai buruk yang dia lakukan semasa hayatnya, tapi syaitan juga tidak menerima Jack untuk masuk Neraka karena marah pernah ditipu oleh Jack.
Tapi akhirnya syaitan itu berbaik hati (atau makin jahat) dengan memberikan sebatang lilin untuk menemaninya berjalan-jalan dalam kegelapan, karena tidak dapat diterima di Surga ataupun Neraka. Lilin tadi ditempatkan di dalam Turnip (sejenis lobak).
Para pendatang dari Ireland yang  datang berhijrah ke Amerika berusaha untuk terus mempertahankan tradisi ini, sayangnya, di Amerika amat sukar untuk mejumpai Turnip ini , sehingga mereka akhirnya memilih sayuran lain yang ada, dan bisa menggantikan Turnip.
Pilihan akhirnya jatuh ke labu (pumpkin) yang lebih banyak dan mudah ditemui di Amerika. Dari sini lah, Jack O’Lantern dari labu kemudian menjadi terkenal di seluruh dunia.
Pernah Mendengar Trick or Treat?
Salah satu tradisi unik di Amerika untuk menyambut Halloween adalah Trick or Treat. Anak-anak akan berjalan dari rumah ke rumah dengan kostum unik sambil membawa bakul kecil, dan mengetuk pintu sambil meneriakkan “Trick or treaaaat”.
Sebenarnya hal ini adalah ancaman, karena arti aslinya adalah, jika anda tidak memberikan “treat” iaitu makanan, kami akan melakukan “trick” atau kenakalan terhadap rumah tadi. Pemilik rumah akan keluar dan menghadiahkan berbagai makanan manis seperti coklat atau gula-gula dalam bakul mereka.
Tradisi ini dipercaya muncul di Eropa pada abad ke 9, sebagai bentuk yang modern dari “Soul Day” yang awalnya dirayakan pada 2 November.
Pada hari “Soul Day” tadi, para pengemis akan berjalan dari desa ke desa untuk meminta “Soul Cake” yang dibuat dari potongan roti berbentuk segi empat dengan isi Currant (sejenis anggur manis). “Soul Cake” tadi adalah bayaran yang diterima oleh pengemis tadi untuk mendoakan arwah keluarga yang sudah meninggal.

Halloween & Islam
Terdapat banyak percanggahan dalam perayaan Halloween dari sudut agama. Antaranya, perayaan ini adalah diatas kepercayaan bahaya pada tarikh 31 oktober, jurang antara dunia nyata dan dunia roh adalah agak samar. Maksudnya, roh boleh berkomunikasi dengan manusia. Dipercayai pada malam halloween adalah malam dimana ruh kembali kerumah masing-masing untuk melawat sanak saudara dan kaum kerabat. Malam Halloween juga merupakan malam untuk menilik nasib, perbuatan menilik nasib dan mempercayainya adalah jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Terdapat banyak lagi sambutan dan aktiviti ritual sepanjang sambutan Halloween yang bercanggah dengan kepercayaan Islam.
Teras kepada sambutan Halloween juga bercanggah dengan ajaran Islam. Sejarah awal sambutan Halloween sebahgiannya adalah berteraskan kepercayaan bahawa semangat ruh jahat yang mempunyai kuasa untuk merosakkan tanaman dan mampu membuatkan seseorang jatuh sakit.
Hujjah dan Dalil
Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;
Bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(Al-Kafirun ayat 1-6)
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.
(Al-Hajj ayat 67)
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian.

“Maaf,baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan”

Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada
operator telefon apabila kita kehabisan kredit.Selalunya,apabila kita
ingin membuat panggilan,lebih-lebih lagi kepada yang tersayang,apabila
mendengar perkataan ini keluar dari telefon,kita akan berasa kecewa dan
terus bergegas mencari bekalan ‘topup’.Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh.Tetapi,pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?



Cuba kita bayangkan.Satu hari,satu suara berkata kepada
kita..“Maaf,pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke
syurga”.Pernah tak kita berfikir seperti itu?Bayangkan di hari
kebangkitan nanti,perkataan seperti itu diucapkan kepada kita.Bagaimana
agaknya perasaan kita ketika itu?Apakah kita masih boleh men ‘top-up
pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini
dihitung.Bayangkan rasa kecewa yang menyelebungi diri kita,melebihi
segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia,kecewa dalam
interview,kecewa dalam kerja,dalam segalanya.



Kita selalu menangis apabila kita kita kehilangan
sesuatu yang amat berharga kepada diri kita.Tetapi,pernah tidak sekali
kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita.Pernah tidak kita
mendengar kisah-kisah para alim ulama’,tabi’ tabii’n dahulu,yang selalu
menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit.Sedangkan kita? Dosa
kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu
sukar untuk kita menitiskan air mata.Tetapi,apabila kekasih kita
meninggalkan kita,sampai bengkak mata kita menangis.Betapa lemahnya
iman kita.. 


(HandPhone Termahal Di DUNIA YANG BERHARAGA 1.3 US Dollar bersamaan dengan lebih kurang  4.3 US Dollar)


Ingatkah kita akan kisah Syadad bin Aus? Kenal siapa Syadad bin Aus? Kata Abu Darda’ ..“Setiap umat ada orang fakih,dan antara orang fakih umat ini ialah Syadad bin Aus”.Kembali
kepada kisah Syadad bin Aus.Satu malam,Syadad bin Aus hendak
tidur,tetapi dia tidak dapat tidur dan hatinya gelisah.Maka dia berkata
Ya Allah,nerakaMu menyebabkan aku berjaga malam,dan hilangkanlah daripadaku rasa mengantuk ini”.Lalu,beliau
bangkit dan solat sehingga Subuh.Kisah bagaimana seorang Fakih yang
takutkan neraka sehingga tidak dapat tidak tidur malam..Adakah sekuat
itu iman kita? Sahabat-sahabat kita di Palestin berjuang mengangkat
senjata dan bermati-matian menentang golongan kuffar,dan kita? Hendak
mengangkat mata dan selimut untuk pergi solat Subuh berjemaah pun kita
tidak mampu,inikan pula hendak pergi berperang.

Thursday, October 28, 2010

Robot oh Robot !!!



Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.
“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.
“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.
Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.
*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…
Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”
*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…

Kehebatan Muhamad Al Fateh dijadikan modul latihan

KUALA LUMPUR, 28 Okt: Kisah kehebatan perancangan strategi dan pengalaman Sultan Muhamad Al Fateh sehingga berjaya menawan kota Constantinople (Istanbul) kini telah dijadikan modul latihan oleh Akademi Syariah (AS), sebuah akademi latihan yang baru ditubuhkan.

Hari ini, Akademi Syariah (AS) ini buat pertama kali diperkenalkan kepada umum di Pameran Pelancungan Islam Antarabangsa yang dirasmikan oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Melalui pameran ini, AS memperkenalkan modul latihan mereka yang digarap berasaskan nilai-nilai dan ajaran yang digarap dari Al Quran, Sunnah serta pengalaman pejuang Islam yang awal termasuk kehebatan Muhamad Al Fateh ini.

"Kalau pemikiran dan teknik latihan barat menonjolkan pemikiran luar kotak, kami memperkenalkan bagaimana pemikiran dan strategi yang diambil oleh Muhamad Al Fateh yang dianggap gila-gila sehingga berjaya menakluki kota Constantinople yang kebal itu," kata Ustaz Azlan Abdul Jalil, Ketua Perunding AS yang merangka modul latihan akademi ini.

Menurut beliau, Nabi Muhamad saw pernah bersabda bahawa akan ada satu masa nanti umat Islam akan berjaya menawan kota Constantinople itu.

Sejak itu, para sahabat, tabiin dan pejuang Islam berusaha untuk menawan kota itu bagi membuktikan kata-kata Rasulullah itu.

"Sepanjang 10 abad umat Islam membuat kira-kira 30 percubaan untuk menakluk kota itu namun gagal sehinggalah selepas 800 tahun selepas kewafatan Baginda, Amir Muhamad yang kemudiannya di kenali sebagai Muhamad Al Fateh berjaya menawan kota ini dengan memimpin 250,000 tentera Islam.

"Melalui sejarah inilah kami ke Turki mengkaji tokoh Islam ini dan kami bawa ke  Malaysia dalam bentuk modul latihan. Kami percaya program latihan ini mampu menyelesaikan banyak masalah organisasi di Malaysia," kata Azlan yang ditemui di PWTC hari ini.

Akademi Syariah adalah intitusi latihan yang ditubuhkan oleh Biztel, syarikat yang menguruskan rangkaian Hotel De Palma. Dua tahun lalu, De Palma diperkenalkan sebagai hotel yang mematuhi syariah atau Syariah Compliant. Kejayaan pelaksanaan pendekatan ini adalah melalui latihan kepada kekitangannya.

Kini, Biztel bergerak ke depan lagi bagi menginstitusikan latihannya dengan penubuhan Akademi Syariah ini.

Penasihat AS adalah Pengurus Besar rangkaian De Palma sendiri iaitu Datuk Ilyas manakala Pengurus Besar AS adalah salah seorang pengarah Biztel iaitu Haji Razwan Resat. (Gambar: Tiga tonggak utama Akademi Syariah dari kiri Azlan, Razwan dan Herryanto)
Dua tonggak utama AS adalah Ustaz Azlan sendiri sebagai Ketua Perunding manakala Ustaz Harryanto Rizal bin Rokman adalah Pengurus Operasi dan Latihannya.

Mereka telah menjadikan hotel De Palma Sepang yang terletak di Bandar Salak Tinggi sebagai pusat aktiviti mereka.

Kumpulan 50 pelatih pertama akademi ini dijangka akan memasuki De Palma Sepang pertengahan November ini sebaik sahaja akademi ini dibuka nanti.

"Kami jamin, latihan selama 3 hari 2 malam di akademi ini tidak membosankan bahkan peserta akan terasa santai sahaja kerana ia bukan dibuat secara teori semata tetapi juga praktikal di samping bantuan alat pandang dengar seumpama mereka berada di sebuah teater atau panggung wayang yang hebat," kata Haji Razwan kepada Harakahdaily.

Sumber : http://www.harakahdaily.net

login wang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...