nuffnang ads

Wednesday, August 27, 2014

Cara Remove Virus Shortcut

1) Scan pendrive anda terlebih dahulu.
2) Taip  folder option di ruangan Search dan Enter.

3) Klik Organize dan Folder and search options.

4) Klik View. Tandakan pada Show hidden files,folders and drived. Untick pada kotak Hide extensions dan Hide protected . klikApply.

5) Buka pendrive tadi dan biarkan ia terbuka.
6) Taip  cmd di ruangan Search dan Enter.

7) Taip attrib -h -r -s /s /d f:\*.* dan Enter.
(f adalah lokasi pendrive anda. Jika lokasi pendrive adalah E,taip E.
Tunggu sehingga command second muncul. Apabila telah muncul, pendrive anda telah siap dibersihkan dan tidak menjadi shorcut lagi.


8) Jangan lupa untuk restore defaults semula setting tadi. Okay , dah selesai.


From: http://www.ukm.my/ptjzon3/

Sunday, October 7, 2012

Pemandu Bas Pukul Budak


The Expendables 2 (2012) BluRay 720p 700MB

Info:
http://www.imdb.com/title/tt1764651/

Release Date: 17 August 2012 (USA)

Genre: Action | Thriller

Stars : Sylvester Stallone, Liam Hemsworth and Randy Couture


Quality: BluRay 720p


Encoder Notes : This English Version 


Source: BD-Remux AVC DD 5 1-JohnW
Size: 700MB
Subtitle: Melayu, English


Synopsis: Mr. Church reunites the Expendables for what should be an easy paycheck, but when one of their men is murdered on the job, their quest for revenge puts them deep in enemy territory and up against an unexpected threat.

Watch Trailer


Screen Shoot

Download Link:

HulkShare:

RapidShare:


Turbobit:

Single Link:

RapidSharehttp://adf.ly/DSU8A
Uploaded.To : http://adf.ly/DSUPJ
UploadHero : http://adf.ly/DSUPK



Sunday, February 5, 2012

Mitos Mandi Malam


PESAKIT pneumonia antara yang tidak digalakkan untuk mandi malam.


ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan mandi malam boleh membahayakan kesihatan.
Persoalannya adakah ia fakta benar atau hanyalah satu mitos?
Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan, mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi, juga boleh menghilangkan stres.
Katanya mandi memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem imun badan selain mengelakkan berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.
"Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetis, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit ini," kata beliau.
Kebaikan mandi
Malah, menurut Anies air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.
"Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk kerana ia boleh membantu.
Katanya, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab sepanjang tahun, oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan sebenarnya.
"Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk.
"Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, mana-mana pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi." kata beliau sambil menegaskan tujuan mandi dan memakai pelembab adalah juga untuk memulihkan kulit kering.
Pengamal perubatan Hassan Saidin menerangkan, mandi adalah kaedah baik bagi merilekskan otot badan.
"Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.
"Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi pada waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit," katanya.
Persoalannya, kenapakah orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik?
"Masyarakat dulu menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti dari binatang berbisa dan juga bahaya di sungai. Mungkin sebab itulah orang tua melarang kita dari mandi waktu malam.
"Kini kita semakin maju dan punya kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur," kata beliau. - Bernama

Monday, December 19, 2011

Membangkang Perintah Ayah Demi Syurga




Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan.
Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, “Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak.”
“Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai ayahku.”

Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku.”

Saad menjawab, “Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah.”

Maka Khaitsamah berkata, “Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat.”

Saad menjawab, ” Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu.”

Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan mati syahid.

Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya. Tetapi Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis,
'' Wahai Rasulullah, aku ingin sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku itu berkata kepadaku, “Engkau harus menemani kami di syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku.”
Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.


Sumber: 
akuislam.com

Friday, September 9, 2011

Download Angry Birds Rio Untuk PC


Dh lama aku x buka blog aku, dh bersawang pon !!! kali ni aku nak share satu game yang aku rasa korang mmg dh kenal pon, x pyh lah aku nk bgtau lg kn !!!

tak tau lah aku terlambat share ke ape, tp x ape lah aku share jugak lah, bkn apa aku pon baru ja donlod game ni dr blog ni 

Mula - mula :
Download file kat sini 

Lepas tu :

Extract dan install Angry Bird RIO. Untuk install, double klik file “ Angry Birds Rio Installer v1.1.0”



Install macam biasa sampai habis. Then proceed to step 3.
Kemudian :
Extract file “Crack” . Selepas itu, copy paste file “AngryBirdsRio,exe” ke dalam destination folder Angry Bird RIO. (tempat korang install Angry Bird RIO tadi) . Selalu nya ia akan diinstall di sini : C: Progam Files (x86)/Rovio/AngryBirdsRIO
Seterusnya :
Launch Angry Bird RIO korang dan klik “Register”. Bila dia mintak registration key, masukkan saje apa2 number yang korang nak. Nak letak 1 je pun boleh.
Ok, dah lpas settle smua bnda kat ats ni boleh la main game ikut suka hati korang..

Friday, June 10, 2011

Karpet Termahal di Dunia

Ini ialah karpet termahal di dunia. Lebih kurang 5 ribu mutiara yang diambil dari peraiaran Teluk Parsi dan manik digunakan untuk buat karpet ini. Ia diberi nama Pearl Carpet of Baroda. Karpet yang sudah berusia 150 tahun itu juga dihiasi ratusan batu-batuan mahal seperti intan, safir, rubi, dan emerald. Harganya masa di bida di New York adalah sekitar USD5.5 juta!

Pada asalnya, karpet dari India ini yang dibuat dalam tahun 1860an akan dihadiahkan untuk makam Nabi Muhammad S.A.W namun tidak kesampaian kerana Maharaja Baroda mangkat sebelum ianya dihantar. Karpet tersebut sempat dipamerkan dalam Delhi Exhibition pada tahun 1902. Kemudian disimpan di Monaco. Pada tahun 1985, karpet itu juga dipamerkan di New York










login wang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...