nuffnang ads

Tuesday, November 23, 2010

Coca-Cola Dulu Berwarna Hijau ???

Biar betul air coca-cola dahulu bewarna hijau ??? sebenarnya aku pon kurang pasti. Maklumat ini pon aku jumpa secara tidak sengaja semasa aku tengah mncari idea untuk menulis di blog ini..

Apa yang menyebabkan ianya bewarna hijau adalah kerana ianya diperbuat dari pati daun Coca. Dahulu air coca-cola dijadikan sbagai ubat utk melancarkan pencernaan makanan dan agar mudah utk membuang angin dari dalam badan. Dan sbg  penghilang rasa sakit ditambahkan kokain.

Pada thn 1889
setiap 330 ml Coca Cola mengandungi 100 milligram kokain. Pada masa ini untuk membeli air coca cola anda harus mendapat kebenaran doktor.

Pda thn 1894
Setiap 330 ml Coca Cola mengandungi kira-kira  20 miligram kokain. Pada masa ini pembelian coca cola sudah dibenarkan  tetapi ianya diberi amaran untuk tidak meminum coca cola lebih dari 3 botol dalam sehari.

Pada thn 1903
kokain dinyatakan sebagai ubat terlarang dan coca cola telah menghilangkan kokain dari minuman ini. Setelah itu Coca Cola tidak lagi menggunakan kokain tetapi hanya menggunakan daun koka "bekas" yang merupakan sisa dari proses ekstraksi kokain. Jadi ia tetap mengandung kokain dalam jumlah yang sangat  sedikit iaitu 1/3000 miligram untuk setiap 1 gram daun ganja yang digunakan.

Tetapi didalam perkembangannya kerana ingin menjual kenegara-negara seperti Isreal dan di negara-negara yang majoritinya beragama Islam, maka untuk dapat dijual kesana Coca Cola harus mendapatkan pengesahan Halal dan Kosher
dari negara berkenaan . Karena mengandungi kokain walaupun dalam jumlah yang sedikit, maka ia tetap tidak boleh mendapatkan pengesahan dari kedua-dua itu. Akhirnya digunakan Non-narcotic Koka leaves.


Pada thn 1980 
kerana perkembangan teknologi dan juga kenaikan harga gula, maka formula asal coca cola tlh diganti. ia tidak lagi menggunakan sugar cane extract tetapi menggnuakan gula proses kimia yang dikenali dengan nama fructosa. Dan juga ianya tidak lagi menggunakan daun koka, tetapi digunakan zat perasa bahan makanan yang dimana campuran bahan-bahan  ini dengan carbonated sodium .

Kecuali yg dihasil di mexico, disana masih menggunakan sugar cane extraction. Dan kononnya rasanya jauh lebih sedap dari coca cola yang menggunakan fruktosa. 







1 comments:

Anonymous said...

ur blog is very informative..
good job..
tq..

Post a Comment

login wang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...