nuffnang ads

Wednesday, May 4, 2011

Alasan Yang Di Balas Dengan Penampar


Memberi alasan kepada guru, bos, kawan-kawan atau pasangan haruslah logik, dan relevan dengan keadaan semasa supaya tidak akan dibalas dengan sekeping, sebuah atau sekuntum penampar seperti insiden di bawah ini....

  • Bila datang lewat ke sekolah atau pejabat dengan memberi alasan korang sangat sedih bila menonton ending cerita cinta sehingga terganggu tidur.
  • Buat muka tensen bila dating kerana beralasan Ultraman kalah dalam pertarungan dengan raksasa.
  • Tidak semena-mena beremosi di tempat kerja hanya kerana tak dapat main kutu bersama adik beradik.
  • Menangis teresak-esak kerana 'post' korang di Facebook tidak dilayan.
  • Mengamuk bagai nak rak dengan anak bini hanya kerana tak dapat makan nasi beriani yang habis dijual.
  • Gembira terkinja-kinja dan bila ditanya, rupanya berjaya masak air.
  • Sanggup bunuh diri semata-mata hanya tidak dijemput makan di kenduri kawin jiran korang yang dibuat di kampung halaman.

sumber: majalah ujang.

0 comments:

Post a Comment

login wang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...