Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan.
Kaum Muslimin sudah tidak
merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fisabilillah.
Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, “Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di
rumah menjaga wanita dan anak-anak.”
“Wahai
ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk
memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan
untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di
sini, wahai ayahku.”
Khaitsamah marah dan berkata
kepada anaknya, “Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku.”
Saad menjawab, “Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk
berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku,
sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang
Allah dan Rasulullah.”
Maka Khaitsamah berkata, “Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu
orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat.”
Saad menjawab, ” Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku
akan mendahulukanmu.”
Khaitsamah tidak rela kecuali
melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian
menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke
medan Badar dan mati syahid.
Setelah itu Khaitsamah
berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya.
Tetapi Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil
menangis,
'' Wahai Rasulullah, aku ingin sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku harus mengadakan undian
dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati
syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku itu berkata kepadaku,
“Engkau harus menemani kami di syurga, dan aku telah menerima janji Allah.
Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku
telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku.”
Setelah diizinkan Rasulullah,
Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.
Sumber: akuislam.com
2 comments:
bila pulak akuislam.com nampak Khaitsamah berjumpa anaknya di syurga? Lagi-lagi cerita nak perbodohkan orang islam!
Basikalhijau, adakah kamu org malaysia? Atau org german yg nak kelirukan org islam malaysia?
Post a Comment