Memberi alasan kepada guru, bos, kawan-kawan atau pasangan haruslah logik, dan relevan dengan keadaan semasa supaya tidak akan dibalas dengan sekeping, sebuah atau sekuntum penampar seperti insiden di bawah ini....
- Bila datang lewat ke sekolah atau pejabat dengan memberi alasan korang sangat sedih bila menonton ending cerita cinta sehingga terganggu tidur.
- Buat muka tensen bila dating kerana beralasan Ultraman kalah dalam pertarungan dengan raksasa.
- Tidak semena-mena beremosi di tempat kerja hanya kerana tak dapat main kutu bersama adik beradik.
- Menangis teresak-esak kerana 'post' korang di Facebook tidak dilayan.
- Mengamuk bagai nak rak dengan anak bini hanya kerana tak dapat makan nasi beriani yang habis dijual.
- Gembira terkinja-kinja dan bila ditanya, rupanya berjaya masak air.
- Sanggup bunuh diri semata-mata hanya tidak dijemput makan di kenduri kawin jiran korang yang dibuat di kampung halaman.
sumber: majalah ujang.
0 comments:
Post a Comment