Hari Asyura’ berasal daripada perkataan ‘Asyara’ yang bermaksud
kesepuluh atau merujuk kepada hari yang kesepuluh dalam bulan Muharram.
Sementara hari yang kesembilan daripada bulan Muharram dikenali sebagai Hari
Tasua’ (kesembilan).
Pada awal Islam, Hari
Asyura’ adalah merupakan hari yang cukup dimuliakan dan diwajibkan bagi
orang-orang Islam untuk berpuasa padanya hinggalah turunnya perintah berpuasa
fardhu pada bulan Ramadhan. Maka, hukum berpuasa pada Hari Asyura’ bertukar
kepada Sunat Muaakad. Namun, sebahagian sahabat masih kekal melaksanakan puasa
pada hari tersebut mengenangkan kelebihan dan keistimewaan hari tersebut
berdasarkan banyak nas-nas daripada Hadith Rasulullah SAW.
Nas-Nas Berhubung dengan
Hari Asyura:
Daripada Abdullah Ibni
Abbas berkata: ‘Telah menyuruh Rasulullah S.A.W. supaya berpuasa pada Hari
Asyura’ pada hari kesepuluh pada bulan Muharram.’
Daripada Abu Qatadah,
bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda: ‘Berpuasalah pada hari Asyuraa’
bahawasanya aku berharap diatas Allah S.W.T bahawa ianya (berpuasa itu) dapat
mengkifaratkan segala dosa pada tahun yang lalu.’
Biasanya Bangsa Quraish
berpuasa pada Hari Asyuraa’ sejak zaman jahiliyyah, juga Rasulullah S.A.W biasa
berpuasa di Makkah dan kemudian selepas berhijrah ke Madinah, dan telah turun
perintah wajib berpuasa pada bulan Ramadhan maka Nabi S.A.W bersabda: ‘Saya
dahulu telah menyuruh kamu sebagai perintah wajib berpuasa Asyuraa’ dan kini
terserah siapa suka berpuasa dan yang tidak suka boleh meninggalkannya.’
Dan banyak lagi nas-nas
yang menunjukkan kelebihan untuk berpuasa pada Hari Asyura ini.
Cara untuk berpuasa pada
Hari Asyuraa’
Puasa Asyuraa’ pada
awalnya dilakukan oleh Rasulullah sendirian dan tidak diperintahkan kepada
sahabat-sahabat untuk melakukannya ketika baginda masih berada di Makkah, namun
selepas penghijrahan baginda ke Madinah, baginda telah meneruskan puasa
tersebut dan turut memerintahkan para sahabat untuk mengerjakannya sehinggalah
turunnya perintah untuk berpuasa pada bulan Ramadhan. Maka, hukum berpuasa pada
Hari Asyuraa’ dimansuhkan.
Hari Asyuraa’ sebenarnya
bukan sahaja disambut oleh orang Islam namun dalam masa yang sama golongan
Kristian dan Yahudi turut mengagungkan hari tersebut kerana terdapatnya
peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada hari tersebut. Sepertimana yang
dinyatakan dalam hadith: “Daripada Ibn Abbas R.A. berkata: ‘Ketikamana sampai
Rasulullah S.A.W di Madinatul Munawwarah maka bagida dapati golongan Yahudi
berpuasa pada Hari Asyuraa’ maka bersabda Rasulullah S.A.W.kepada mereka : ‘Hari
apakah ini yang kamu berpuasa?’
Maka mereka berkata
(yahudi): ‘Hari ini adalah hari yang besar bagi kami, dimana Allah S.W.T. telah
selamatkan Nabi Musa A.S. dan kaumnya dan menenggelamkan Firaun bersama kaumnya
ke dasar lautan, maka berpuasalah Musa kerana bersyukur maka kami pun
berpuasa.’
Maka bersabda Rasulullah
S.A.W: ‘Sekiranya begitu kamilah yang lebih layak berpuasa daripada kamu maka
berpuasalah Rasulullah S.A.W dan menyuruh sahabat-sahabatnya untuk berpuasa.’
Rasulullah S.A.W telah
mengajar umatnya untuk berpuasa pada hari yang sepuluh pada bulan Muharram
dengan tidak melakukannya sendirian namun turut berpuasa juga pada hari yang
kesembilan atau hari yang kesebelas atau ketiga-tiga hari tersebut bagi
mengelakkan meniru puasa orang Yahudi yang berpuasa hanya pada 10 Muharram.
Sebenarnya berlaku
khilaf dikalangan ulama dalam menentukan tarikh sebenar Hari Asyuraa’ samada
hari kesembilan atau hari kesepuluh. Namun mengambil sikap cermat dalam
melakukan ibadah dengan berpuasa pada kedua-dua hari tersebut adalah terlebih
baik agar kita tidak terlepas daripada mendapat kelebihan yang ada pada hari
Asyuraa’ tersebut. Selain berpuasa kita juga dituntut untuk memperbanyakkan
amalan-amalan yang lain sepanjang Hari Asyuraa’ tersebut, antaranya:
Peristiwa yang berlaku
pada hari Asyura:
- Allah jadikan 7 petala langit
dan 7 petala bumi.
- Allah jadikan
bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
- Allah jadikan Arasy,Loh
Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
- Allah mencipta Nabi Adam
Alaihissallam.
- Allah menjadikan Siti Hawa.
- Allah menjadikan Syurga.
- Dimasukkan Nabi Adam ke dalam
Syurga.
- Taubat Nabi Adam diterima
Allah.
- Nabi Noh diselamatkan oleh
Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10
Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat
kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari
penjara.
- Pengelihatan Nabi Yaakob yang
buta dipulihkan oleh Allah.
- Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah
dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus selamat keluar dari
perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat
puluh malam.
- Laut merah terbelah dua untuk
menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
- Firaun dan pengikutnya
tenggelam kedalam lautan tersebut.
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah
Kerajaan yang besar.
- Hari pertama Allah mencipta
alam dan menurunkan hujan.
- Hari pembunuhan cucu rasulallah (saidina Hussain).
0 comments:
Post a Comment